Selepas enam tahun tanpa sebarang kandungan baharu, Red Hook Studios mengumumkan permainan Darkest Dungeon bakal menerima DLC terbaharu bertajuk The Fire’s Edge pada 18 Ogos 2026. Pelancaran ini bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 permainan tersebut.

The Fire’s Edge membawakan pelbagai penambahan kandungan baharu, termasuk dua watak boleh dimainkan yang diambil daripada sekuelnya, Darkest Dungeon II, iaitu The Duelist dan The Runaway. The Runaway merupakan watak gelandangan yang menggunakan elemen api serta persembunyian dengan bersenjatakan pemukul besi (poker), manakala The Duelist menampilkan gaya pertempuran yang tangkas dan berdisiplin. Seiring dengan kemunculan The Runaway, mekanisme pertempuran Burn dari Darkest Dungeon II turut diperkenalkan ke dalam permainan ini.

Selain watak baharu, DLC ini menambah tiga daerah baharu untuk memperkukuh kawasan Hamlet, iaitu Academie Duello, Craftworks, dan Archaeological Base Camp. Pemain juga bakal menerima pelbagai Trinkets baharu yang menyokong mekanisme seperti Trigger Uses, Quest Charges, dan Progressive Trinkets, di samping perkakas baharu untuk ciri derangements, penulisan baharu, serta acara pertempuran tambahan.

The Fire’s Edge akan dilancarkan pada 18 Ogos 2026 bagi platform PlayStation, Nintendo Switch, PC, dan Mac. Versi untuk platform Xbox pula dijadualkan menyusul pada tarikh kemudian.

Leave a Reply