Skip to main content

Walaupun permua Pokemon GO telahpun dilancarkan 2 tahun lepas, tampaknya ianya masih lagi menguntungkan bagi pihak Niantic Labs kerana kini melalui laporan Sensor Tower, permua tersebut kini mencapai jumlah pendapat melebihi $1.8 bilion.

Kejayaan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, memandangkan pada Mei lepas, permua tersebut mendapat jumlah pemain tertinggi dan juga mencapai 800 juta muat-turun. Dengan pencapaian tersebut, sudah pastinya ramai pemain yang bermain dan membeli barangan mikro-transaksi yang terdapat di dalam permua tersebut sehingga mencapai sejumlah $2 juta sehari.

Menariknya juga, Sensor Tower juga berkongsi lima sumber negara yang menjana pendapatan buat permua tersebut dimana Amerika Syarikat berada di tempat pertama dengan sejumlah $607 juta dan diikuti Jepun dengan $500 juta.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan Pokemon GO, ianya merupakan permainan realiti-gabungan dimana pemain berupaya untuk menangkap Pokemon di sekeliling persekitaran di dunia nyata. Baru-baru ini Niantic Labs juga melancarkan fungsi pertukaran Pokemon yang mana ia merupakan fungsi yang dinanti-nantikan oleh peminat.

Bagi anda yang masih lagi belum bermain Pokemon Go, anda boleh memuat-turunnya di peranti telefon pintar anda secara percuma melalui Google Playstore dan App Store.

[download] Muat-Turun iOS : Pokemon Go [/download] [download] Muat-Turun Android : Pokemon Go [/download]

Leave a Reply