Pada Julai tahun lepas, Pokemon Go mencapai jumlah muat-turun sehingga 752 juta dan kini setahun kemudian, jumlah muat-turun tersebut meningkat sebanyak 48 juta muat-turun, sekaligus mencapai jumlah 800 juta dimuat-turun oleh pengguna.
Pengumuman ini diumumkan oleh presiden The Pokemon Company, Tsunekazu Ishihara minggu ini bersama-sama pengumuman permainan Pokemon: Let’s Go.
Nilai tersebut sememangnya akan terus meningkat menurut Tsunekazu Ishihara memandangkan pada masa akan datang mereka akan terus menyokong permainan tersebut dengan pelbagai kandungan dan baru-baru ini juga mereka melancarkan mod misi baru.
Tambahan juga, dengan pelancaran Pokemon: Let’s Go pada November ini, kami percaya permua hasil jumlah muat-turun permua Pokemon Go akan terus meningkat memandangkan Pokemon: Let’s Go menyokong dan berintegrasi bersama permua Pokemon Go.