Skip to main content

Menurut laporan SuperData, permua Pokemon Go mencapai jumlah aktif pemain tertinggi pada Mei lepas dengan jumlah pendapatan sehingga $104 juta sejak pelancarannya pada Julai 2016 lepas. Laporan ini

Namun, pihak SuperData tidak menyatakan sebarang nilai khusus permainan tersebut, namunnya ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan permua tersebut telah pun mencapai nilai muat-turun pada 800 juta awal bulan ini.

Tambahan dengan pelbagai kemaskini terbaru yang diumumkan oleh Niantic Labs, kami percaya permua ini masih lagi mendapat sambutan ramai oleh pemain seluruh dunia.

Kami juga percaya pengumuman Pokemon: Let’s Go baru-baru ini juga memberi kesan terhadap jumlah pemain buat permua Pokemon Go memandang permainan Pokemon: Let’s Go menyokong intergrasi antara Pokemon Go.

Kejayaan ini juga harus dipuji oleh pihak Niantic Labs, walaupun kemaskini permua tersebut tiba secara berperingkat, mereka masih lagi mengemaskini permua tersebut dengan pelbagai Pokemon baru bersama fungsi baru walaupun telah hampir 2 tahun sejak pelancarannya.

Bagi anda yang masih lagi belum bermain Pokemon Go, anda boleh memuat-turunnya di peranti telefon pintar anda secara percuma melalui Google Playstore dan App Store.

[download] Muat-Turun iOS : Pokemon Go [/download] [download] Muat-Turun Android : Pokemon Go [/download]

Leave a Reply