Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Akan Terus Menyokong 3DS Tetapi Berpendapat Pemain Akan Beralih Ke Switch

Nintendo Akan Terus Menyokong 3DS Tetapi Berpendapat Pemain Akan Beralih Ke Switch

Diterbitkan pada July 3, 2018 oleh .

Sebelum ini kami sudah melaporkan yang Nintendo akan terus mengeluarkan permainan untuk 3DS pada tahun 2019 dan beberapa tahun yang seterusnya.

Melalui temubual bersama Game Informer, presiden Nintendo of America Reggie Fils-Aime sekali lagi mengesahkan perkara ini tetapi menyatakan sesuatu yang menarik dan boleh dikatakan sebagai strategi Nintendo.

Beliau mengatakan sepanjang tahun 2019 3DS akan terus menerima permainan baru dan penjualan untuk konsol tersebut terus meningkat disebabkan harganya yang murah. Tambah beliau pemain berumur 5 ke 7 tahun yang membeli 3DS tahun ini akan beralih ke Switch apabila umur mereka 10 ke 12 tahun.

Ini merupakan strategi Nintendo seperti dikatakan sebelum ini iaitu mereka akan terus menjual 3DS sehingga Switch menjadi konsol satu untuk setiap orang. Kami merasakan strategi Nintendo untuk menjadikan 3DS sebagai konsol pengenalan untuk kanak-kanak sebelum mereka beralih ke Switch.


TIPS & ULASAN