Fasa pra-tempahan untuk Grand Theft Auto VI akan bermula secara rasmi pada 25 Jun ini menjelang pelancaran penuh permainan video tersebut yang dijadualkan pada 19 November 2026. Rockstar Games turut melancarkan muka depan rasmi untuknya.

Permainan ini dibina menggunakan enjin Rockstar Advanced Game Engine (RAGE) dan bakal dilancarkan secara eksklusif untuk konsol generasi semasa iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series. Dengan versi PC akan dilancarkan kemudian.

Grand Theft Auto VI membawakan latar tempat di negeri fiksyen Leonida yang berteraskan landskap Florida era moden. Kawasan permainan ini merangkumi Vice City yang kembali, kawasan berpaya Grassrivers, rantaian pulau luar pantai The Leonida Keys, serta beberapa wilayah lain seperti Port Gellhorn, Ambrosia, dan Taman Negara Mount Kalaga. Peta kali ini memfokuskan kepada satira budaya popular, pengaruh media sosial, serta fenomena internet semasa.

Penceritaan kali ini menumpukan kepada gandingan dua watak utama ala Bonnie dan Clyde, iaitu Lucia Caminos dan Jason Duval, yang terjebak dalam kancah jenayah selepas cubaan rompakan bank mereka gagal. Lucia merupakan anak watak asal Liberty City yang baru sahaja dibebaskan dari Penjara Leonida, manakala Jason pula ialah bekas tentera yang sebelum ini bekerja dengan rangkaian penyeludup dadah tempatan.

Leave a Reply