Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Akan Terus Menjual 3DS Sehingga Switch Menjadi Konsol Satu Untuk Setiap Seorang

Nintendo Akan Terus Menjual 3DS Sehingga Switch Menjadi Konsol Satu Untuk Setiap Seorang

Diterbitkan pada Mei 7, 2018 oleh .

Sebelum ini Nintendo berjanji yang mereka akan terus menyokong dan mengeluarkan permainan untuk konsol 3DS/2DS untuk tahun 2019 dan tahun-tahun berikutnya.

Melalui sesi temubual selepas pengumuman rekod kewangan Nintendo, Presiden Nintendo Tatsumi Kimishima mengatakan jumlah jualan untuk 3DS pada tahun kewangan sebelum ini adalah seperti yang mereka jangkakan dan menjangkakan permintaan akan terus ada untuk tahun kewangan seterusnya.

Tambah beliau, Switch dianggap sebagai konsol untuk rumah manakala 3DS adalah mudah alih tetapi kerana Switch turut boleh menjadi mudah alih mungkin  anggapan ini akan bertukar di masa depan tetapi buat masa ini Switch bukanlah konsol yang dibelikan untuk setiap seorang isi rumah dalam masa dekat.

Sasaran Nintendo adalah menjadikan Switch dimiliki oleh setiap orang dan bukan sekadar setiap isi rumah. Sebelum itu berlaku dan permintaan untuk 3DS masih ada, mereka akan terus mengeluarkan 3DS di pasaran.

Satu perkara yang menarik adalah presiden Nintendo sendiri mengatakan Switch bukanlah konsol yang dibeli untuk setiap isi rumah kerana harganya. Kemungkinan Nintendo akan mengeluarkan Switch versi yang lebih murah, mungkin tanpa dok dan memfokuskan kepada mudah alih sahaja, sekaligus mengurangkan harga permulaan untuk konsol tersebut.


TIPS & ULASAN