Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Berjanji Akan Terus Keluarkan Permainan 3DS Pada Tahun 2019 Dan Seterusnya

Nintendo Berjanji Akan Terus Keluarkan Permainan 3DS Pada Tahun 2019 Dan Seterusnya

Diterbitkan pada Apr 27, 2018 oleh .

Pada Februari lepas berdasarkan temubual bersama Pengarah Nintendo Jo Shiota mengatakan mereka tidak pasti mengenai masa depan konsol 3DS, akan tetapi melalui laporan kewangan minggu ini Nintendo berjanji akan terus mengeluarkan permainan untuk 3DS untuk tahun 2019 dan seterusnya.

Nintendo juga menyenaraikan permainan yang akan dikeluarkan pada tahun ini untuk 3DS yang sudah diumumkan semasa Nintendo Direct pada 9 Mac lepas. Nintendo mengatakan mereka akan terus menyokong 3DS melalui permainan-permainan seperti itu.

Ini merupakan satu berita yang baik untuk pemilik 3DS, walaupun Nintendo Switch terus mendapat sambutan, Nintendo akan terus menyokong 3DS sekurang nya untuk 2-3 tahun lagi.


TIPS & ULASAN