Informasi Permainan Video Terkini
DONTNOD Mempertontonkan Video Khas Bersempena Ulang Tahun Ke-10 Mereka

DONTNOD Mempertontonkan Video Khas Bersempena Ulang Tahun Ke-10 Mereka

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Kami mengenali DONTNOD melalui permainan pertama mereka iaitu Remember Me yang dikeluarkan pada tahun 2013. Kami agak menyukai permainan tersebut kerana mempunyai penceritaan yang unik akan tetapi gagal untuk menjadikan ia menarik.

Remember Me tidak mendapat kejayaan yang disasarkan oleh mereka dan hampir menutup studio mereka. Kemudian hadirnya Life is Strange yang menjadi tunjang kepada studio mereka kerana kejayaan dari segi penerimaan dan juga komersial.

Dengan kejayaan Life is Strange tampaknya mereka menjadi antara studio yang agak sibuk tahun ini apabila mengeluarkan tiga permainan baharu iaitu Vampyr dan The Awesome Adventures of Captain Spirit dan episod pertama untuk Life is Strange 2 selain mengumumkan projek terbaru mereka Twin Mirror yang akan dikeluarkan pada tahun 2019.

Ditubuhkan pada tahun 2008, DONTNOD menyambut ulang tahun mereka pada 29 Jun lepas. Bersempena itu, mereka mengeluarkan satu video khas yang melihat kembali permainan-permainan mereka yang dikeluarkan sebelum ini. Tahniah kami ucapkan untuk DONTNOD dan berharap kejayaan yang berterusan untuk mereka.


TIPS & ULASAN