Selepas pengumuman permainan The Awesome Adventure Of Captain Spirit yang dikatakan meletakkan di dalam dunia Life Is Strange pada minggu lepas ketika E3, Square-Enix dan DONTNOD Entertainment hari ini akhirnya mengumuman secara rasmi bahawa permaina Life Is Strange 2 bakal tiba tahun ini.

Life Is Strange 2 merupakan permainan sekuel kepada Life Is Strange yang dilancarkan 2015 lepas yang mana asalnya ia memfokuskan watak Max dan Chloe. Tahun lepas, Square-Enix melancarkan Life Is Strange: Before The Storm dan ia merupakan permainan prekuel kepada permainan pertamanya.

Menurut Square-Enix, informasi lanjut berkenaan permainan Life Is Strange 2 akan diumumkan Ogos kelak. Menariknya, sekali lagi permainan ini akan dilancarkan secara berepisod dan merangkumi lima jumlah episod secara keseluruhannya.

Life Is Strange 2 dirancang untuk dilancarkan untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Menurut pembangun, episod pertama permainan tersebut akan dilancarkan pada 27 September 2018 ini.

Sohor Kini