Pada E3 2018 lepas, DONTNOD Entertainment dan Square-Enix mengumumkan permainan The Awesome Adventure Of Captain Spirit yang mana menurut mereka, permainan tersebut bertempatkan di dalam dunia Life Is Strange.
Kini, permainan tersebut akhirnya boleh dimuat-turun secara percuma buat konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.
Permainan ini memfokuskan watak Chris, iaitu seorang budak lelaki yang berumur 9 tahun dimana cita-cita beliau adalah untuk menjadi adiwira. Pemain akan mengembara dan berimaginasi bersama-sama Chris sepanjang permainan ini. Namun, pemain juga akan menyelesaikan misteri yang terpahat di dalam permainan tersebut.
Menariknya juga, menurut DONTNOD Entertainment, permainan ini bukan sahaja sebahagian daripada dunia Life Is Strange, malah ia merupakan satu penceritaan yang akan menghubungkan pemain dengan permainan Life Is Strange 2 yang diumumkan baru-baru ini.
Bagi anda yang berminat untuk bermain permainan ini, anda boleh memuat-turunnya secara percuma di Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.
Namun, buat pengguna Playstation 4, permainan ini masih lagi belum mendapat pelancaran rasmi di Malaysia. Seperti biasa, kami akan mengemaskini artikel ini setelah Square-Enix melancarkannya secara rasmi.
[download] Muat-Turun Steam : The Awesome Adventure Of Captain Spirit [/download] [download] Muat-Turun Xbox Store : The Awesome Adventure Of Captain Spirit [/download] [download] Muat-Turun PSN Store (R1) : The Awesome Adventure Of Captain Spirit [/download]