Acara khas Pokemon kini sedang berlansung di Jepun dan mengikut laporan mereka bakal mengumumkan tiga permainan terbaru dari siri permainan Pokemon.
https://www.youtube.com/watch?v=q9xb-DCHXUM
Permainan pertama diumumkan adalah Pokemon Quest untuk Switch dan permua. Manakala permainan kedua yang diumumkan adalah Pokémon: Let’s Go, Pikachu! dan Pokémon: Let’s Go, Eevee! untuk Switch dan bakal tiba pada 16 November 2018.
Menariknya permainan ini membolehkan anda bermain dengan hanya mengunakan satu joy-con sahaja dan jika ingin bermain secara koperasi dengan rakan anda boleh menggunakan joy-con yang lain. Tambahan jika anda inginkan, anda juga boleh membeli aksesori khas pokeball yang boleh digunakan untuk menggantikan joy-con.
Return to the Kanto region and experience a classic Pokémon journey in a whole new way with Pokémon: Let's Go, Pikachu! and Pokémon: Let's Go, Eevee! on the Nintendo Switch! Coming November 16, 2018: https://t.co/kXLdxUMjjA #PokemonLetsGo pic.twitter.com/EKzQsTbDuE
— Pokémon (@Pokemon) May 30, 2018
Anda boleh menggunakan joy-con ataupun aksesori Pokeball yang dipanggil sebagai Pokeball Plus untuk ‘membaling’ bagi menangkap Pokemon di dalam permainan ini. Pokeball Plus turut mempunyai keistimewaan tersendiri jika memasukkan seekor Pokemon ke dalamnya dan boleh digunakan bersama permua Pokemon Go dan dijual dengan harga $50 (RM200)
Tambahan Pokemon yang ditangkap melalui permua Pokemon Go turut boleh dimasukkan ke dalam Pokemon: Let’s Go.
You can use the #PokeBallPlus as a Joy-Con in #PokemonLetsGo! Good things may happen if you place one of your favorite Pokémon into the device and walk around with it in the real world. It will be able to connect to Pokémon GO as well! pic.twitter.com/I18Y55odpp
— Pokémon (@Pokemon) May 30, 2018
Permainan Pokemon ini ini adalah berdasarkan Pokemon Yellow: Special Pikachu Editon yang dikeluarkan di Jepun pada tahun 1998. Berdasarkan pembelian anda iaitu Pikachu ataupun Eevee, salah satu akan sentiasa mengikut anda sepanjang permainan.
Pokémon: Let's Go, Pikachu! and Pokémon: Let's Go, Eevee! are based on Pokémon Yellow: Special Pikachu Edition, which first launched in Japan in 1998! https://t.co/kXLdxUMjjA #PokemonLetsGo pic.twitter.com/wxxCJH5Cfc
— Pokémon (@Pokemon) May 30, 2018