Informasi Permainan Video Terkini
Locke Dari Final Fantasy VI Merupakan Watak DLC Seterusnya Buat Dissidia: Final Fantasy NT

Locke Dari Final Fantasy VI Merupakan Watak DLC Seterusnya Buat Dissidia: Final Fantasy NT

Diterbitkan pada Mei 16, 2018 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman DLC watak seterusnya buat permainan Dissidia: Final Fantasy NT, kini Square-Enix akhirnya berkongsi watak tersebut adalah Locke Cole daripada Final Fantasy VI.

Menurut Square-Enix, watak Locke tersebut akan dilancarkan pada penghujung Jun. Manakala bagi versi arked, watak tersebut akan dilancarkan pada Mei ini.

Dissidia: Final Fantasy NT merupakan permainan eksklusif untuk Playstation 4 dan dikeluarkan untuk pasaran global pada Januari lepas. Asalnya ia merupakan permainan arked yang hanya dilancarkan buat pasaran Jepun. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh permainan tersebut, Anda boleh membacanya di sini.


TIPS & ULASAN