Fortnite untuk iOS dilancarkan secara beta pada 12 Mac lepas dan dikeluarkan secara rasmi sebulan kemudian. Sebelum ini kami melaporkan yang semasa beta Fortnite telah menjana pendapatan sebanyak $15 juta.
Melalui laporan oleh Sensor Tower selepas dikeluarkan iaitu lebih kurang 90 hari yang lalu, Fortnite versi permua telah menjana sebanyak $100 juta dan disebabkan versi Android masih belum dikeluarkan, pendapatan ini adalah untuk iOS sahaja.
Melalui pencapaian ini, Fortnite menjadi permua terpantas mengutip $100 juta selepas Clash Royale yang hanya memerlukan 51 hari untuk menjana nilai yang sama.
Fortnite untuk Switch juga mendapat sambutan yang baik dan dijangkakan turut menjadi penjana utama pendapatan permainan ini dan apabila versi Android yang akan dikeluarkan tidak lama lagi sudah semestinya akan terus mengukuhkan Epic Games dari segi kewangan.