Epic Games sebelum ini telah hadir dengan permua Fortnite untuk iPhone, dan mengujinya dikalangan segelintir kecil pengguna dengan keperluan mempunyai jemputan khusus untuk memainkannya. Hal berkenaan berubah hari ini apabila permua berkenaan kini dibuka untuk dimainkan oleh semua pemain seluruh dunia.

Kini, sesiapa sahaja boleh memuat-turun permua Fortnite ini, dan mula memainkannya. Fortnite untuk iPhone ini membawakan bentuk permainan Battle Royale, dimana anda perlu bersaing dengan pelbagai pemain lain untuk menjadi pemain terakhir yang kekal hidup. Berbeza dengan PUBG, melalui Fortnite, ia turut mengintegrasikan ciri membina – sekaligus membawa sedikit perubahan kepada bentuk ia dimainkan.

Bagi anda yang mempunyai peranti iOS 11, sama ada iPhone, atau iPad, anda boleh memuat-turun dan memainkannya hari ini secara percuma. Permua ini hanya menyokong iPhone SE, iPhone 6S, iPhone 7, iPhone 8, iPhone X, iPad Mini 4, iPad Air 2, iPad 2017 dan juga iPad Pro.

Muat-Turun Fortnite untuk iPhone

Sohor Kini