Bagaikan tidak mengendahkan dengan saman yang dibuat oleh PUBG, Epic Games melalui permainan mereka Fortnite hanya terus melihat ke depan dengan mengeluarkan permainan mereka sebanyak platform yang mungkin.
Baru-baru ini Fortnite baru sahaja dikeluarkan untuk konsol hibrid Nintendo iaitu Switch. Bagaikan pinang dibelah dua, Fortnite untuk Switch dikatakan sebagai versi terbaik jika bercakap mengenai mudah alih.
Menurut presiden Nintendo of America Reggier Fils-Aime mengatakan pelancaran Fortnite di Switch disambut dengan sangat baik. Sejak 24 jam dikeluarkan, Fortnite telah dimuat turun sebanyak 2 juta kali.
Keputusan PUBG untuk hanya mengeluarkan permainan mereka di PC dan Xbox One serta masalah teknikal yang masih lagi berlaku semestinya memberi kesan kepada perkembangan mereka. Fortnite yang terus memecah rekod di segala platform kini boleh dikatakan sebagai memenangi chicken dinner untuk battle royale bagi permainan battle royale.


