Bulan lepas, Fortnite Battle Royale versi permua dilaporkan menjana sebanyak $1.5 juta sejak 4 hari pelancarannya bermula 12 Mac lepas. Kini, setelah permainan tersebut dilancarkan secara rasmi di iOS pada awal minggu ini, Epic Games telah pun menjana pendapatan sebanyak $15 juta buat permua tersebut sejak pelancarannya.
Carta di atas menunjukkan nilai yang dibelanja oleh pemain setiap hari dalam tempoh masa 20 hari. Menariknya juga jumlah yang dibelanja oleh pemain juga meningkat apabila Epic Games melancarkan Starter Pack yang menyertakan sebilangan kandungan buat pemain.
Ini merupakan satu kejayaan yang memberansangkan buat syarikat tersebut dimana permua tersebut masih hanya dilancarkan pada 12 Mac lepas dan masih belum mencapai sebulan sejak pelancarannya. Tambahan juga, menurut laporan Sensor Tower, permua tersebut juga kini dimuat-turun melebihi 11 juta sejak pelancarannya.
Memandangkan permua ini masih lagi belum dilancarkan buat pengguna Android, kami percaya apabila Epic Games melancarkannya kelak, permua ini akan terus menjadi kegilaan ramai dan menjana lagi banyak hasil pendapatan.