Selain daripada pelancaran watak Cody dan kostum Devil May Cry, pada 26 Jun ini, Capcom juga akan menyertakan fungsi baru buat permainan Street Fighter V iaitu sistem Fighting Chance, yang mana ia merupakan sistem seakan kotak tikam.

Sistem ini diperkenalkan melalui mod Survival yang tersedia di permainan perlawanan tersebut dimana, Menat iaitu salah satu watak DLC sebelum ini akan membuka satu kedai khas di dalam permainan tersebut dimana pemain berpeluang untuk menggunakan nilai mata wang permainan Fight Money sebanyak 500 untuk mendapatkan satu barang bernama Fantasy Fortune Reading.

Melaluinya, Menat akan menterjemahkan barang tersebut dan sekaligus, pemain akan memperoleh sebilangan barangan melalui Fantasy Fortune Reading tersebut. Sekaligus sistem ini sememangnya merupakan satu bentuk kotak tikam, memandang terdapat sebilangan barang yang khas hanya boleh didapati melalui sistem Fighting Chance tersebut.

Antara barangan yang akan disertakan adalah Battle Goods, yang mana ia merupakan barangan peningkatan nilai nyawa ataupun barangan sokongan yang akan memudahkan pemain untuk menyelesaikan mod Survival tersebut. Selain itu, pemain juga berpeluang untuk mendapatkan sebilangan kostum yang mana esklusif buat sistem tersebut seperti kostum Cammy diatas. Sekaligus barangan yang diterima oleh pemain sememangnya rawak, seakan kotak tikam.

Walaupun begitu, fungsi kotak tikam atau sistem Fighting Chance ini sememangnya hanya dalam bentuk kosmetik dan terhad di mod Survival, secara solo sahaja. Sekaligus barangan yang tersedia tidak boleh digunakan dalam bentuk multi-pemain.

Selain itu, mata wang Fight Money juga tidak boleh diperoleh dengan wang nyata dan ianya hanya boleh diperoleh dengan bermain permainan tersebut secara solo melalui penceritaan ataupun mod Survival yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Sekaligus, untuk membeli kotak tikam tersebut, pemain perlu bermain mod-mod yang tersedia di dalam permainan Street Fighter V tanpa membelinya dengan wang nyata langsung.

Sememangnya ini adalah sesuatu yang baik buat pemain, memandang pemain tidak perlu menggunakan wang nyata langsung untuk mendapatkan kotak tikam tersebut. Namun, tindakan ini juga mungkin dilakukan oleh Capcom memandangkan baru-baru ini terdapat pelbagai isu negatif berkenaan kotak tikam.

Walaubagaimana pun, kami akan sentiasa mengemaskini sebarang informasi tambahan berkenaan permainan Street Fighter V jika terdapat sebarang pengumuman baru oleh Capcom.

Sohor Kini