Informasi Permainan Video Terkini
Menat – Watak Terbaru Untuk Permainan Street Fighter V
PC

Menat – Watak Terbaru Untuk Permainan Street Fighter V

Diterbitkan pada Ogos 28, 2017 oleh .

Capcom hari ini telah mengumumkan penambahan watak baru untuk permainan Street Fighter V, iaitu watak Menat. Watak ini bakal tiba pada 29 Ogos ini. Menat adalah penilik nasib dan merupakan watak baru untuk siri permainan Street Fighter.

Menat bakal disertakan bersama kostum tambahan dan beliau merupakan watak yang ke-27 untuk bagi permainan Street Fighter V selepas watak Abigail yang diumumkan bulan lepas.

Bagi anda yang mempunyai permainan Street Fighter V, mungkin boleh tandakan kalendar anda pada 29 Ogos ini untuk mendapatkan watak baru ini.