Skip to main content

Sebelum ini, From Software pernah menyatakan bahawa mereka tidak ingin membiar siri Armored Core terkubur dan akan membangunkan permainan baru buat siri permainan tersebut.

Kini, melalui temu bual bersama presiden From Software, Hidetaka Miyazaki memperacahkan bahawa permainan baru Armored Core sememangnya sedang dibangunkan oleh mereka.

From Software sememangnya tengah sibuk dengan pelbagai permainan yang diumumkan oleh mereka pada E3 lepas, iaitu Déraciné dan Sekiro: Shadows Die Twice.

Walaupun begitu, menurut Hidetaka Miyazaka, mereka kini sedang membangunkan tiga permainan utama dan menurut beliau Déraciné bukanlah permainan utama tersebut. Namun apabila ditanya berkenaan permainan Armored Core, beliau tidak menafikan perkara tersebut.

Pada pendapat kami sendiri, From Software tampaknya sememangnya sedang membangunkan permainan Armored Core seterusnya dan kami berasa mereka akan berkongsinya ketika acara Tokyo Game Show 2018 kelak memandangkan ianya adalah waktu yang sesuai untuk pembangun Jepun berkongsi permainan baru.

Walaubagaimana pun, kami sememangnya tidak sabar untuk bermain semula mecha-mecha terbaru buat siri Armored Core dan sebarang pengumuman oleh From Software, semestinya akan dikemaskini oleh kami pada masa akan datang.

Leave a Reply