Informasi Permainan Video Terkini
From Software Ingin Menghidupkan Kembali Siri Permainan Armored Core

From Software Ingin Menghidupkan Kembali Siri Permainan Armored Core

Diterbitkan pada Dis 5, 2017 oleh .

From Software, terkenal dengan permainan Dark Souls dan Bloodborne juga merupakan pembangun bagi siri permainan mecha Armored Core, kini menyatakan bahawa mereka masih belum ingin memberhentikan siri permainan tersebut dimana mereka bakal mengumumkan pengumuman terbaru buat permainan tersebut pada masa terdekat.

Menurut From Software, mereka menyatakan di laman Twitter rasmi mereka mengucapkan terima kasih bagi mereka yang menonton acara langsung muzik khas sempena ulang tahun yang ke-20 bagi permainan tersebut. Sempena dengan ulang tahun yang ke-20, mereka juga akan melancarkan tema Playstation 4 khas secara percuma melalui PSN Store Jepun.

Tambahan daripada itu, mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak ingin membiarkan siri Armored Core terkubur dimana mereka akan mengumumkan sesuatu bagi siri permianan tersebut pada masa akan datang. Ini merupakan satu berita yang menarik, dimana kali terakhir permainan Armored Core dilancarkan merupakan Armored Core: Verdict Day yang dilancarkan pada 2013 lepas di Playstation 3 dan Xbox 360.

Armored Core merupakan siri permainan pertempuran aksi yang memfokuskan mecha dan robot dimana pemain berupaya untuk mengubah-suai bahagian-bahagian robot dengan pelbagai senjata dan kelengkapan.