Déraciné – Permainan Realiti-Maya Oleh From Software

Ketika acara persidangan Sony semalam, From Software iaitu pembangun yang terkenal dengan siri Dark Souls mengumumkan permainan Déraciné yang mana ia merupakan permainan realiti-maya khas buat Playstation VR.

Déraciné merupakan permainan pengembaraan yang dibangunkan oleh From Software dan diarah oleh Hidetaka Miyazaki iaitu pengarah untuk siri Dark Souls, Bloodborne dan juga Sekiro yang diumumkan baru-baru ini.

Déraciné memfokuskan penceritaan sebuah sekolah berasrama terbiar dimana enam kanak-kanak menghabiskan masa mereka disitu. Permainan ini juga menggunakan konsep masa dimana ia sentiasa berubah dan akan membawa anda ke masa lampau sepanjang penceritaan permainan tersebut.

Menurut From Software, Déraciné akan dilancarkan secara esklusif di Playstation VR pada tahun ini.

Sohor Kini