Pada The Game Awards tahun lepas, From Software memperacahkan satu ayat iaitu Shadows Die Twice yang mana kali ini, mereka akhirnya berkongsi informasi lanjut berkenaan perkara tersebut iaitu ianya adalah sebuah permainan baru oleh mereka, iaitu Sekiro: Shadows Die Twice ketika acara persidangan Xbox.

Daripada pembangun Dark Souls, From Software, Sekiro: Shadows Die Twice merupakan permainan aksi pengembaraan seakan permainan Dark Souls mahupun Bloodborne. Namun berdasarkan trailer yang dipertontonkan, ianya tampak lebih beraksi dimana pemain berupaya untuk menggunakan tali dan melompat untuk menyerang musuh.

Menurut From Software, permainan ini bakal tiba pada awal 2019 ini dan bukan sahaja di Xbox One, malah Playstation 4 dan PC.

Sohor Kini