Skip to main content

Selain beberapa permainan utama seperti Super Smash Bros Ultimate, Super Mario Party dan Pokemon: Let’s Go, Di persidangan E3, Nintendo juga mempertontonkan beberapa permainan yang bakal tiba ke konsol Switch. Berikut adalah permainan yang diumumkan kebanyakan dari pihak ketiga.

Killer Queen Black

Killer Queen Black merupakan permainan aksi platformer multi-pemain. Boleh dimainkan secara berseorangan ataupun bersama rakan anda sehingga 4 orang. Killer Queen Black merupakan permainan yang berasaskan Killer Queen iaitu permainan arked dan bakal tiba pada hujung tahun ini.

Hollow Knight

Hollow Knight merupakan permainan side-scroller platformer yang dikeluarkan untuk PC pada tahun lepas. Versi Switch akan mengandungi kesemua penambahan yang diberikan secara percuma untuk versi PC. Hollow Knight kini terdapat di eShop.

Starlink: Battle For Atlas

Seperti diumumkan semasa persidangan Ubisoft, Starlink: Battle For Atlas merupakan permainan pertempuran kapal angkasa yang mana ia dijual dengan figura kapal angkasa itu sendiri untuk pemain. Mengikut jenis permainan, pemain akan mendapat sebilangan kapal angkasa bersama tapak permainan atau dok untuk pemain sambungkan ke Joy Con. Akan tiba pada 16 Oktober 2018.

Arena of Valor

Arena of Valor merupakan permua MOBA yang dikeluarkan oleh Tencent. Tampaknya untuk versi Switch permainan ini juga menyokong mod ke TV. Arena of Valor akan tiba pada suku keempat 2018.

Minecraft

Minecraft yang akan dikeluarkan pada 21 Jun 2018 ini merupakan versi terbaru untuk Switch dan akan mengantikan Minecraft: Nintendo Switch Edition yang dikeluarkan pada tahun lepas. Versi ini juga akan membolehkan bermain bersama rakan anda secara rentas-platform. Pemain yang memiliki versi lama akan mendapatnya secara percuma.

Pixark

Pixark merupakan permainan dunia terbuka sandbox yang mempunyai elemen ketahanan hidup dan dibangunkan oleh Snail Games berdasarkan permainan ARK: Survival Evolved. Pemain perlu mengembara untuk memburu, membuat peralatan, berkebun dan membina penempatan bagi menyelamatkan diri dari Dinasour. Akan tiba pada suku keempat 2018.

Dragon Ball FighterZ

Seperti yang diura-urakan, akhirnya Dragon Ball FigtherZ untuk Switch diumumkan secara rasmi. Permainan ini merupakan antara permainan perlawanan yang terbaik dan sangat memujinya melalui ulasan kami. Tiada tarikh tetap dinyatakan akan tetapi ia akan dikeluarkan pada tahun ini.

Ninjala

https://www.youtube.com/watch?v=anIpkQ3H5S4

Ninjala merupakan permainan  pertempuran yang membolehkan pemain memanjat bangunan dengan mudah dan berlawan menggunakan senjata batang kayu yang mempunyai penambahan berlainan. Rekaan watak adalah seakan permainan Splatoon. Bakal tiba pada musim kedua 2018.

Carcassonne

Carcassone merupakan permainan tabletop yang dikeluarkan untuk versi permainan video. Permainan ini memerlukan pemain untuk meletakkan tile yang merupakan bandar, jalan, padang rumput ataupun gabungan. Permainan ini akan dikeluarkan pada hujung tahun 2018.

FIFA 18 Kemaskini Piala Dunia / FIFA 19

Pemilik FIFA 18 untuk Switch akan menerima kemaskini percuma Piala Dunia seperti konsol lain. FIFA 19 yang akan dikeluarkan pada 28 September 2018 turut akan dikeluarkan untuk Switch tetapi mengunakan enjin yang berlainan.

ARK: Survival Evolved

Ark Suvival Evolved mempunyai teknik permainan seperti Pixark tetapi mempunyai grafik yang lebih realistik dan akan turut dikeluarkan pada suku keempat 2018.

Wasteland 2 Director’s Cut

https://www.youtube.com/watch?v=xFRv6ztLYqU

Wasteland 2 dikeluarkan pada tahun 2014 lagi manakala versi Director’s Cut yang membawa penambah-baikkan grafik hadir setahun kemudian untuk PC, Playstation 4 dan Xbox One. Permainan startegi mengikut turutan ini akhirnya tiba untuk Switch dan akan dikeluarkan pada suku keempat 2018.

Dark Souls

Nintendo memperlihatkan trailer Dark Souls akan tetapi masih tidak menyatakan tarikh pengeluaran selepas tertunda sebelum ini ke musim ketiga tahun ini.

SNK Heroines

SNK Heroines Tag Team Frenzy merupakan permainan perlawanan secara berkumpulan berdasarkan watak-watak wanita daripada siri permainan SNK. Melalui permainan ini, pemain berupaya untuk melakukan pelbagai kuasa dan serangan ikonik setiap watak tersebut. Selain itu, pemain juga berupaya mengubah-suaian kostum bagi setiap watak-watak yang terdapat di dalam permainan ini. Permainan ini akan tiba pada 7 September 2018.

Monster Hunter Generations Ultimate

Monster Hunter Generations Ultimate merupakan versi lengkap Monster Hunter Generations yang dilancarkan di konsol mudah-alih Nintendo 3DS. Menariknya juga, bagi anda yang bermain permainan tersebut di 3DS, anda boleh memindah fail penyimpanan permainan anda di versi Switch apabila ia dilancarkan kelak. Permainan ini bakal tiba pada 28 Ogos 2018.

Wolfenstein II The New Colossus

Wolfenstein II: The New Colossus merupakan permainan seterusnya buat siri Wolfenstein yang memfokuskan watak William BJ Blazkowicz. Ia sebelum ini dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Kini, setelah hampir setahun, permainan tersebut akhirnya bakal tiba di konsol hibrid Switch. Jika anda ingin membaca ulasan kami untuk permainan ini, anda boleh membacanya di pautan ini.

The World Ends With You Final Remix

https://www.youtube.com/watch?v=Y0QMHXVz-eg

The World Ends With You Final Remix merupakan permainan RPG aksi dan versi pernambah-baikkan untuk permainan The World Ends With You yang dilancarkan sebelum ini di konsol Nintendo DS pada 2007 lepas. Permainan ini akan dikeluarkan pada suku keempat 2018.

Leave a Reply