Sebelum ini kami melaporkan yang Detroit: Become Human merupakan permainan paling berjaya untuk Quantic Dream. Minggu ini ketua  pegawai eksekutif bersama Quantic Dream Guillaume de Fondaumière mengumumkan selepas 2 minggu dikeluarkan Detroit terjual sebanyak 1 juta unit.

Jika ingin dibandingkan dengan permainan mereka yang lain, Heavy Rain memerlukan 5 minggu dan Beyond: Two Sould mengambil masa 2 bulan untuk mencapai jumlah jualan yang sama.

Namun begitu, apabila dibandingkan dengan permainan Sony yang lain jumlah yang dicapai bukanlah sesuatu yang luar biasa. Sebagai contoh, God of War terjual sebanyak 3.1 juta unit selepas 3 hari dikeluarkan.

Apapun tahniah untuk Quantic Dream atas kejayaan ini, jika anda masih tidak pasti untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh membaca ulasan kami dan kami boleh katakan permainan ini adalah positif.

Sohor Kini