Informasi Permainan Video Terkini
God of War Terjual Melebihi 3.1 Juta Unit Dalam Masa 3 Hari

God of War Terjual Melebihi 3.1 Juta Unit Dalam Masa 3 Hari

Diterbitkan pada Mei 4, 2018 oleh .

Apabila kami memberikan God of War markah yang sempurna, kami sudah menjangkakan permainan ini akan mendapat hasil jualan yang baik akan tetapi tidak sebaik ini. Melalui penulisan di blog rasmi Playstation Sony Interactive Entertainment mengumumkan permainan terbaru dari siri God of War sudah terjual melebihi 3.1 juta unit dalam masa 3 hari selepas dikeluarkan.

Ini sekaligus menjadikan God of War adalah permainan paling laku bagi permainan eksklusif untuk PS4. Sebagai perbandingan Uncharted 4 mengambil masa selama seminggu untuk terjual 2.7 juta unit manakala Horizon Zero Dawn terjual 2.6 juta unit dalam masa dua minggu dan The Last of Us mengambil masa 3 minggu untuk terjual 3.4 juta unit.

Ini merupakan satu kejayaan sangat baik bukan sahaja untuk Sony dan Santa Monica Studio tetapi juga untuk industri keseluruhan. Ini membuktikan permainan pengembaraan ini masih digemari oleh pemain. Tahniah kami ucapkan.