Informasi Permainan Video Terkini
Detroit: Become Human Antara Permainan Paling Berjaya Oleh Quantic Dream

Detroit: Become Human Antara Permainan Paling Berjaya Oleh Quantic Dream

Diterbitkan pada June 4, 2018 oleh .

Detroit: Become Human, iaitu permainan terbaru oleh Quantic Dream yang dilancarkan pada bulan lepas. Kini, melalui akaun Twitter Guillaume de Fondaumière, beliau menyatakan permainan tersebut merupakan permainan paling berjaya oleh Quantic Dream setakat ini.

Tambah beliau, mereka juga sangat gembira dengan sokongan yang diberi oleh peminat seperti karya seni peminat, cosplay, muzik dan juga ulasan-ulasan oleh pemain.

Namun, buat masa ini Quantic Dream dan Sony tidak berkongsi jumlah jualan unit permainan tersebut, tetapi kami percaya dengan skor ulasan yang diberi, permainan tersebut dijual dengan baik dan kami juga ingin mengucapkan tahniah buat Quantic Dream.

Quantic Dream sebelum ini terkenal dengan permainan seperti Heavy Rain, Fahrenheit beberapa tahun lepas. Kini, permainan terbaru mereka Detroit: Become Human memfokuskan penceritaan antara 3 android yang cuba untuk meneruskan hidup mereka di bandar Detroit.

Kami sendiri juga telahpun memberi ulasan permainan tersebut dimana anda boleh melayari pautan ini untuk membacanya. Anda juga boleh menonton video ulasan dibawah.


TIPS & ULASAN