Ketika acara persidangan EA yang berlangsung hari ini, CEO Electronic Arts, Andrew Wilson memperacahkan bahawa mereka akan membawa permainan secara penstriman pada masa hadapan.
Andrew Wilson menyatakan bahawa evolusi industri hiburan kini semakin berubah. Dimana kini, pengguna lebih tertarik dengan akses penstriman dan langganan. Ini dapat dibuktikan melalui servis-servis penstriman dan langganan seperti Netflix dan Spotify buat hiburan filem dan juga muzik.
Menurut Andrew Wilson, servis tersebut bukan sahaja memudahkan pengguna, malah beliau beranggap bahawa servis tersebut akan memberi impak yang besar buat industri permainan video pada masa akan datang.
Melalui pemilikkan studio Gamefly baru-baru ini oleh EA, mereka menyatakan bahawa pada masa akan datang, mereka akan membenarkan servis dimana pemain berupaya untuk menstrimkan permainan di pelbagai jenis peranti termasuklah telefon pintar.
Ini bermakna, permainan-permainan konsol mahupun PC akan diberi kemudahan untuk dimainkan dimana-mana peranti melalui penstriman tanpa perlu mengambil berat berkenaan spesifikasi peranti tersebut. Andrew Wilson juga menyatakan bahawa servis ini akan memberi peluang pemain untuk bermain permainan dimana sahaja tanpa had.
Namun buat masa ini, servis ini tidak lagi dilancarkan secara rasmi dan menurut Andrew Wilson, mereka sedang mengadakan sesi percubaan di E3 dimana mereka yang berada disana berpeluang untuk mencubanya.
Servis penstriman permainan bukanlah sesuatu yang baru malah Valve juga sebelum ini juga melancarkan Steam Link dimana pemain berupaya untuk strim permainan melalui telefon pintar.
Walaubagaimana pun, ia merupakan satu tindakan yang menarik. Memandangkan Andrew Wilson sebelum ini juga pernah memberi komen berkenaan servis langganan yang mana beliau berminat untuk membawanya ke permainan FIFA, mungkin juga dengan pengumuman EA Origin Premier Access oleh EA hari ini akan membuka pintu lebih banyak berkenaan servis langganan permainan seakan Netflix di industri permainan video.