Informasi Permainan Video Terkini
Origin Premier Access Diumumkan – Servis Langganan Premium Buat Pengguna EA Origins
PC

Origin Premier Access Diumumkan – Servis Langganan Premium Buat Pengguna EA Origins

Diterbitkan pada June 10, 2018 oleh .

Hari ini, melalui acara persidangan EA ketika acara E3 2018, EA mengumumkan servis langganan edisi premium buat pengguna PC iaitu Origin Premier Access iaitu akses langganan Origin Access yang lebih tinggi.

Menurut EA, servis langganan ini akan membenarkan pemain untuk bermain sebilangan permainan-permainan oleh EA lebih awal berbanding tarikh pelancaran asal permainan tersebut. Antaranya adalah Battlefield V pada 11 Oktober, Madden NFL 19 pada 2 Ogos, FIFA 19 pada 20 September dan juga Anthem pada 15 Februari.

Selain itu, servis ini juga akan disertakan bersama akses servis asal Origin Access iaitu ia menyertakan akses untuk sebilangan permainan EA yang lain yang telahpun dilancarkan oleh mereka sebelum ini. Dengan lebih dari 100 permainan, pemain juga berupaya untuk mendapat diskaun permainan-permainan di EA Origin.

Dari segi harga langganan pula, servis tersebut akan bermula dengan harga $14.99(~RM60) bagi sebulan ataupun $99.99(~RM399) untuk setahun berbanding dengan Origin Access asal dengan harga $4.99(~RM20) sebulan dan $29.99(~RM120).

Ini merupakan satu servis langganan yang menarik seakan Netflix buat pengguna EA Origin, dimana bukan sahaja pemain berupaya untuk mendapatkan permainan baru lebih awal. Malah berpeluang untuk bermainnya tanpa membeli permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk melanggan servis tersebut, ia bakal dilancarkan tahun ini.

Langgan: EA Origin Premier Access


TIPS & ULASAN