Skip to main content

Valve minggu ini mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan dua aplikasi untuk peranti iOS dan Android iaitu aplikasi Steam Link dan aplikasi Steam Video untuk memudahkan lagi pengguna menggunakan perkhidmatan Steam.

Aplikasi Steam Link yang akan dikeluarkan 21 Mei nanti membolehkan pengguna bermain permainan Steam mereka menggunakan peranti iOS ataupun Android secara penstriman. Untuk menggunakan aplikasi ini hos (PC atau Mac) harus disambungkan kepada rangkaian 5Ghz ataupun secara berwayar ethernet. Aplikasi ini akan menyokong alat kawalan Steam dan juga alat kawalan MFI.

Suku ketiga tahun ini, aplikasi Steam Video akan dikeluarkan untuk memudahkan pengguna menonton filem atapun siri yang terdapat di Steam. Pengguna boleh menontonnya secara di atas ataupun di luar talian.

Ini merupakan sesuatu yang menarik akan tetapi aplikasi Steam Link berfungsi seperti peranti yang mempunyai nama yang sama. Peranti tersebut mempunyai masalah kualiti strim tidak memuaskan, adakah aplikasi ini dapat menyelesaikan masalah tersebut? Akan tetapi dapat bermain permainan Steam secara mudah alih sudah semestinya sesuatu yang kami inginkan. Kedua-dua aplikasi ini boleh dimuat-turun secara percuma apabila dikeluarkan kelak.

Leave a Reply