Pada 2015 lepas, Capcom mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan permainan pernambah-baikkan Resident Evil 2.
Kini melalui laporan Rely On Horror, tampaknya Capcom mungkin juga akan mengumumkan permainan tersebut ketika E3 tahun ini, sekaligus ia juga mungkin salah satu permainan besar yang akan dilancarkan oleh Capcom tahun ini selain daripada Devil May Cry.
Melalui laporan tersebut, Resident Evil 2 Remake dijangka akan dibangunkan dengan menggunakan enjin permainan RE Engine, iaitu enjin permainan yang sama dengan Resident Evil 7: Biohazard. Capcom juga menyatakan bahawa permainan tersebut dibangunkan dengan memfokuskan resolusi 4k dengan hasil visual yang tinggi dengan penggunaan sistem visual foto realistik seperti Resident Evil 7.
Dari segi sudut kamera pula, Rely On Horror melaporkan bahawa permainan tersebut mungkin akan dimainkan secara mod pandang ketiga seperti Resident Evil 4, berbanding mod pandang pertama seperti Resident Evil 7. Namun begitu, dari segi ini, masih belum terdapat sebarang pengesahan dari Capcom.
Sebelum ini juga, kami melaporkan bahawa mereka mungkin akan memperacahkan Resident Evil 2 pada Januari lepas, namun Capcom tidak berbuat demikian, akan tetapi akaun rasmi Twitter Resident Evil di Jepun masih lagi mengekalkan kepala imej sebelum ini. Sekaligus mungkin juga Capcom akan mengumumkannya secara rasmi pada bulan hadapan.
Walaubagaimana pun, Capcom masih belum mengumumkan sebarang pengumuman rasmi dan kesemua ini mungkin hanya sebuah ura-ura sahaja. Namun memandangkan permainan Resident Evil 2 Remake telahpun diumumkan sejak 3 tahun lepas, kami berasa Capcom mungkin akan berkongsi informasi tambahan berkenaannya pada tahun ini.