Pada Ogos 2015 lepas, Capcom mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan permainan Resident Evil 2 semula secara pernambah-baikkan.

Kini tampaknya dengan ulang tahun ke-20 permainan tersebut bakal tiba 21 Januari ini, kita mungkin akan memperlihat pengumuman terbaru oleh Capcom pada tarikh tersebut.

Menariknya juga, di laman rasmi facebook Resident Evil, Capcom juga menukar ikon seakan warna dan logo daripada siri asal Resident Evil 2. Tambahan juga ruangan kepala imej kosong di Twitter rasmi Resident Evil seakan Capcom cuba memperacahkan lagi permainan baru oleh mereka.

Walaubagaimana pun, ini hanyalah sekadar ura-ura, namun dengan tarikh ulang tahun ke-20 permainan tersebut semakin dekat bersama permainan mereka yang terakhir, Resident Evil 7 Biohazard juga dilancarkan pada 24 Januari 2017 lepas, sekaligus sejak setahun pelancaran permainan tersebut, Capcom mungkin akan mengumumkan sesuatu yang baru kelak.

Sohor Kini