Capcom Akan Mengeluarkan 2 Permainan Besar Tahun Ini

Capcom masih menerima laba daripada Monster Hunter World dengan terjual sebanyak 8 juta salinan pada bulan lepas dan versi PC yang akan dikeluarkan suku keempat tahun ini sudah semestinya akan membawa kepada kewangan yang baik untuk mereka.

Tidak berhenti setakat itu Capcom akan terus cuba untuk memasarkan lebih banyak permainan mereka, berdasarkan laporan kewangan, mereka mengatakan untuk tahun ini akan mengeluarkan 2 permainan besar.

Walau bagaimanapun pengumuman ini tidak disertakan dengan nama 2 permainan tersebut ataupun ia adalah IP yang sedia ada ataupun IP rekaan baru. Antara IP yang dipegang oleh Capcom adalah Street Fighter, Resident Evil, Devil May Cry, Mega Man boleh dikatakan permainan-permainan tersebut boleh dikatakan besar.

Untuk masa ini kita hanya boleh meneka tetapi pengumuman rasmi semestinya akan dilakukan oleh Capcom kelak. Apakah permainan yang anda jangka akan dikeluarkan oleh Capcom sebagai permainan besar?

Sohor Kini