Skip to main content

Sebelum ini. Capcom menyatakan bahawa mereka akan melancarkan dua permainan besar untuk tahun ini dimana pada pendapat kami, salah satunya merupakan permainan seterusnya Devil May Cry.

Namun, melalui akaun rasmi Daniel Southworth, iaitu pelakon suara latar buat watak Vergil dari Devil May Cry 3 memperacahkan satu kenyataan dimana beliau meletakkan tagar E3, sekaligus kenyataan tersebut mungkin menunjukkan bahawa Capcom akan mengumumkan sesuatu berkenaan Devil May Cry pada E3 tahun ini. Sebelum ini, Hideaki Itsuno, pengarah siri Devil May Cry juga menyatakan bahawa beliau sedang membangunkan projek yang baru.

Walaupun begitu, buat masa ini Capcom masih belum mengumumkan sebarang pengumuman rasmi berkenaan permainan tersebut. Namun dengan pelancaran permainan Devil May Cry HD Collection awal tahun ini, kami berasa Capcom mungkin akan membawa kembali siri Devil May Cry semula.

Leave a Reply