Informasi Permainan Video Terkini
Pengarah Siri Permainan Devil May Cry Hideaki Itsuno Memperacahkan Projek Terbaru

Pengarah Siri Permainan Devil May Cry Hideaki Itsuno Memperacahkan Projek Terbaru

Diterbitkan pada Jan 2, 2018 oleh .

Bagi yang meminati siri Devil May Cry, anda pasti agak kecewa dengan pengumuman permua Devil May Cry: Pinnancle Of Combat yang diumumkan baru-baru ini dengan pelancarannya yang hanya di pasaran China. Namun, bersempena tahun baru ini, Hideaki Itsuno, iaitu pengarah siri permainan Devil May Cry menyatakan di akaun rasmi Twitternya bahawa beliau sedang membangunkan projek seterusnya yang mana proses pembangunan projek tersebut dalam keadaan ‘klimaks’.

Menurut beliau juga, beliau sedang membangunkan sebuah permainan yang menarik. Namun begitu, ini bukan sesuatu yang baru dimana sebelum ini, beliau juga menyatakan beliau sedang mula membangunkan permainan yang baru yang mana beliau sering memohon maaf di Twitter kerana beliau tidak berpeluang untuk berkongsi berkenaan permainan tersebut.

Dengan pelancaran permainan pernambah-baikkan siri Devil May Cry pada Mac ni, ramai peminat menyatakan bahawa permainan seterusnya yang dibangunkan oleh Hideaki Itsuno adalah siri seterusnya buat permainan Devil May Cry. Namun beliau mahupun Capcom masih belum mengumumkan sebarang informasi berkenaan permainan tersebut.

Seperti anda, kami di Aksiz juga tidak sabar untuk mengetahui projek seterusnya oleh Hideaki Itsuno dan kami akan sentiasa mengemaskini apabila beliau mengumumkannya kelak.


TIPS & ULASAN