Skip to main content

Capcom hari ini mengumumkan bahawa koleksi permainan pernambah-baikkan Devil May Cry HD Collection akan tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC bermula 13 Mac 2018.

Devil May Cry HD Collection asalnya dilancarkan di Xbox 360 dan Playstation 3 pada 2012 yang lepas dimana ia mempunyai permainan Devil May Cry, Devil May Cry 2 dan Devil May Cry 3:Dante’s Awakening secara berkas bersama. Keseluruhan permainan tersebut merupakan permainan yang asalnya dilancarkan di Playstation 2 beberapa tahun lepas.

Capcom tidak berkongsi berkenaan sebarang pernambah-baikkan yang bakal tiba buat permainan tersebut, namun menurut mereka, permainan tersebut boleh diman secara 60FPS. Mereka juga mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan secara digital dan fizikal dengan harga $30(~RM123)

Ini merupakan berita yang sangat gembira bagi peminat siri Devil May Cry, terutamanya dengan pelancaran permainan Devil May Cry 4: Special Edition dan DmC: Devil May Cry di konsol generasi kini beberapa tahun lepas, dimana kini kesemua permainan Devil May Cry sudah boleh dimainkan di konsol generasi kini.

Leave a Reply