Informasi Permainan Video Terkini
Michael Ironside Mendedahkan Sebab Beliau Tidak Menyuarakan Sam Fisher Di Dalam Splinter Cell Blacklist

Michael Ironside Mendedahkan Sebab Beliau Tidak Menyuarakan Sam Fisher Di Dalam Splinter Cell Blacklist

Diterbitkan pada Apr 14, 2018 oleh .

Perkara paling menarik mengenai DLC terkini Ghost Recon Wildlands ialah kemunculan Sam Fisher yang menggunakan semula suara Michael Ironside. Beliau digantikan oleh pelakon lain di dalam Splinter Cell Blacklist. Terdapat banyak spekulasi beliau tidak dipanggil semula kerana telah terlalu berusia dan Ubisoft mahukan suara yang lebih mudah.

Misteri mengenai Blacklist terungkai di dalam video temubual beliau yang dimuat naik oleh Ubisoft. Michael Ironside sebenarnya menarik diri selepas mengetahui beliau menghidap kanser prostat dengan kebarangkalian 60% menemui ajal. Kita bernasib baik kerana ajal beliau masih belum tiba dan beliau pulih dari kanser yang boleh membawa maut ini. Kembalinya beliau menyuarakan Sam Fisher tepat pada masanya selari dengan ura-ura permainan baru Splinter Cell bakal diumumkan di E3 2018.