Informasi Permainan Video Terkini
Michael Ironside Kembali Sebagai Sam Fisher Di Dalam DLC Ghost Recon Wildlands

Michael Ironside Kembali Sebagai Sam Fisher Di Dalam DLC Ghost Recon Wildlands

Diterbitkan pada Apr 7, 2018 oleh .

David Hayter ialah Snake. Kevin Conroy ialah Batman. Nolan North pula ialah Drake. Suara di sebalik watak permainan video adalah sepenting grafik di skrin. Apabila suara ditukar, reaksi dalam peminat biasanya adalah negatif. Michael Ironside tidak meminjamkan suara beliau di permainan Splinter Cell terakhir. Bagi yang merindui suara asal Sam Fisher, Michael Ironside akan kembali di dalam Ghost Recon Wildlands.

Trailer untuk DLC tahun kedua Ghost Recon Wildlands memberikan petunjuk Sam Fisher akan hadri sebagai watak tambahan. Sam Fisher jelas menggunakan semula suara Michael Ironside. Pengumuman ini secara peribadi amat mengujakan kami kerana ia adalah petanda paling awal permainan Splinter Cell terkini sedang dibangunkan. Seperti kami laporkan Mac lalu, permainan Splinter Cell disenaraikan secara tidak sengaja di laman Amazon.


TIPS & ULASAN