Skip to main content

DLC Special Operations 1 untuk Ghost Recon Wildlands mengembalikan Sam Fisher ke dalam dunia Tom Clancy. Pemain boleh melakukan beberapa misi sebagai Sam Fisher bagi membanteras kartel dadah. Menarik sekali di dalam satu babak sinematik misi, Sam Fisher mengeluh kerana beliau ialah satu-satunya operatif misi stealth yang masih wujud selepas “persaraan” Solid Snake.

Siri Metal Gear Solid dan Splinter Cell kerap memasukkan Easter Egg mengenai watak Sam dan Solid. Di dalam MGS2, Snake mengeluh kenapa beliau kerap perlu melakukan misi sulit dan bukannya Sam atau Gabe (Syphon Filter). Di dalam Splinter Cell Chaos Theory pula, seorang watak berkata bekalan makanan (ration) tidak akan jatuh jika beliau dicekik.

Ubisoft dan Kojima Production mempunyai hubungan yang baik suatu ketika dahulu. Old Snake boleh memakai baju Altair di dalam MGS IV. Satu misi di dalam Assassin’s Creed 2 pula memaparkan watak yang menyorok di dalam kotak seperti Snake. Konami tidak mempunyai perancangan untuk menghasilkan permainan baru dengan Solid Snake. Oleh itu kesedihan di dalam suara Sam Fisher dapat dirasai kesemua peminat siri MGS.

Leave a Reply