Permainan Splinter Cell 2018 Tersenarai Di Laman Amazon

Suatu ketika dahulu peminat permainan stealth kerap disoal watak manakah lebih bagus, Solid Snake atau Sam Fisher? Kami tergolong di dalam kumpulan yang lebih meminati siri Splinter Cell dengan Sam Fisher kerana ia lebih berpijak ke bumi yang nyata berbanding Metal Gear. Kali terakhir Sam Fisher muncul ialah di dalam Blacklist pada tahun 2013 tanpa Michael Ironside menyumbangkan suara.

Penantian selama lima tahun untuk permainan baru Splinter Cell mungkin akan berakhir. Amazon Canada telah menyenaraikan permainan Tom Clancy’s Splinter Cell 2018 di laman mereka semalam. Ia kemudian telah dipadam secara mengejut.

Sebagai peminat siri SC, kami amat berharap ini ialah petanda sebenar permainan ini akan kembali. Tahun lalu Beyond Good and Evil 2 diumumkan secara mengejut oleh Ubisoft selepas menyepi selama bertahun lamanya. Mungkin tahun ini Splinter Cell pula akan melakukan comeback di E3 2018.

Sohor Kini