Skip to main content

Populariti battle royale nampaknya terus berkembang untuk tahun 2018, baru-baru ini dilaporkan permua Fortnite menjana $15 juta selepas dikeluarkan kepada semua. EA sebelum ini mengatakan mereka berminat untuk menyertakan mod battle royale ke dalam Battlefield begitu juga Take-Two untuk permainan GTA dan Red Dead.

Berdasarkan laporan oleh Game Reactor iaitu laman dari Sweden mengatakan Ubisoft menugaskan Massive Entertainment untuk melihat potensi mod battle royale di dalam The Division pada bulan Januari lepas.

Tambah laporan itu lagi, Massive Entertainment mengatakan mod tersebut agak mudah untuk disertakan di dalam The Division kerana permainan tersebut sudah mempunyai kandungan untuk mod battle royale.

Setakat ini tiada pengesahan daripada Ubisoft akan tetapi kami tidak terkejut jika The Division akan menerima mod battle royale pada tahun ini. Adakah anda merasakan The Division sesuai untuk menerima mod battle royale?

Leave a Reply