Ketika acara Level UP KL yang berlangsung minggu ini, Wan Hazmer pereka permainan Final Fantasy XV oleh Square-Enix menyatakan bahawa permainan Final Fantasy XV telah terjual sebanyak 6.5 juta salinan seluruh dunia.

Hasil jualan tersebut termasuk hasil jualan bagi kedua-dua versi fizikal dan digital bagi konsol Playstation 4 dan Xbox One. Menurut Wan Hazmer, Ini merupakan kejayaan besar bagi Square-Enix setelah kejatuhan siri permainan Final Fantasy beberapa tahun lepas.

Final Fantasy XV merupakan permainan RPG pengembaraan yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Square-Enix. Perkembangan daripada permainan tersebut, menghasilakan Final Fantasy XV Universe dengan pelbagai media dan juga permainan-permainan tambahan lain seperti filem Kingsglaive: Final Fantasy XV, anime Brotherhood: Final Fantasy XV, Monster Of The Deep: Final Fantasy XV dan sebagainya. Square-Enix minggu ini juga mengumumkan mod multi-pemain bagi permainan tersebut bakal tiba 15 November ini dan juga DLC pernambahan Episode Ignis bakal tiba 13 Disember ini.

Pada acara Level UP KL minggu ini juga, Wan Hazmer mengumumkan bahawa beliau bakal meninggalkan Square-Enix pada penghujung bulan ini dan kembali ke Malaysia untuk mendirikan syarikat pembangun permainannya sendiri dengan kerjasama MDEC dan Level Up Inc.

Sohor Kini