Bagi anda yang mengikuti perkembangan permainan video di Malaysia anda pasti mengetahui berkenaan pembangun permainan Wan Hazmer yang terkenal dengan membawa budaya-budaya Malaysia seperti makanan roti canai ke permainan Final Fantasy XV oleh Square-Enix. Kini, ketika acara Level UP KL yang berlangsung minggu ini, Wan Hazmer mengumumkan setelah 7 tahun beliau bekerja di Square-Enix, beliau akan kembali ke Malaysia dan mendirikan sebuah syarikat pembangun permainan.

Menurut Wan Hazmer, beliau bakal bekerjasama bersama MDEC dan Level Up Inc untuk menjayakan syarikat beliau. Beliau juga menyatakan syarikat pembangun permainan tersebut akan dilancarkan pada Disember ini dengan permainan yang pertama pada setahun kemudian kelak.

Buat masa ini, Wan Hazmer tidak lagi mengumumkan sebarang informasi berkenaan syarikatnya tersebut, tetapi bagi anda yang berminat untuk bekerjasama bersama Wan Hazmer, anda boleh email beliau di [email protected].

Sohor Kini