Skip to main content

Peminat Ignis diluar sana pasti ingin tahu apa yang berlaku terhadap Ignis ketika bermain Final Fantasy XV bahagian 9 di dalam permainan tersebut. Persoalan anda akan terjawab bermula 13 Disember ini dimana Square-Enix akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi pernambah DLC tersebut sempena acara Paris Games Week 2017 yang berlangsung minggu ini.

DLC Episode Ignis ini akan memfokus watak Ignis dimana pemain berupaya untuk menggunakan Ignis sebagai watak yang dimainkan sambil menyelami kisah penceritaan Ignis bersama Ravus ketika di bahagian 9 di dalam permainan asal Final Fantasy XV.

Square-Enix juga mengumumkan kerjasama antara Yasunori Mitsuda, iaitu komposer muzik terkenal dengan siri permainan Chrono Trigger, Chrono Cross dan Xenogear dalam menghasilkan muzik buat DLC Episode Ignis tersebut.

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain sebagai Ignis di dalam Final Fantasy XV, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan DLC pernambahan ini. Ia akan dilancarkan pada 13 Disember ini dan anda boleh mendapatkanya dengan membeli pas musim Final Fantasy XV dengan harga RM100 ataupun membelinya secara berasingan dengan harga RM15. Pas musim tersebut akan disertakan dengan segala DLC pernambahan yang dikeluarkan oleh Square-Enix bagi permainan Final Fantasy XV.

Leave a Reply