Lanjutan daripada pengumuman berkenaan pernangguhan mod multi-pemain bagi Final Fantasy XV Comrades bulan lepas, kini Square-Enix akhirnya mengumumkan bahawa mod tersebut bakal tiba pada 15 November ini.
#FFXVComrades will be released on 15th November!
We hope you will join us in bringing the Light back to Lucishttps://t.co/I8d7LhT6wI pic.twitter.com/tvuOsvka6P— FINAL FANTASY XV (@FFXVEN) November 6, 2017
Square-Enix mengumumkan di laman Twitter rasmi permainan tersebut dengan menyatakan ia bakal tiba pada 15 November ini. Seperti yang dilaporkan pada artikel yang lepas, permainan tersebut bakal disertakan bersama pas musim permainan Final Fantasy XV bagi pemain yang membelinya. Namun, ia juga boleh dibeli secara berasingan apabila ia dilancarkan kelak. Pemain juga perlu melanggani Playstation Plus dan Xbox Live Gold untuk mengakses mod permainan multi-pemain ini.
Permainan Final Fantasy XV dilancarkan pada November 2016 lepas di Playstation 4 dan Xbox One. Pada Gamescom 2017 yang lepas, Square-Enix juga mengumumkan juga permainan ini bakal tiba di PC dan juga di telefon pintar iOS dan Android.