Apple ketika WWDC 2023 telah mengumumkan pelbagai kemaskini yang ingin menjadikan Mac lebih mesra permainan video, mereka telah memperkenalkan ‘Game Mode’ untuk macOS, dan set peralatan bagi Metal 3.
Selain daripada itu, Hideo Kojima juga telah membuat kejutan dengan membuat penampilan di dalam acara Apple. Beliau telah mengumumkan Death Stranding Director’s Cut akan dikeluarkan untuk Mac sekitar tahun ini.
Kojima juga mengatakan yang beliau adalah “peminat setia Apple” dan sedang aktif untuk membawa judul-judul lain daripada mereka di platform Apple.
Buat masa sekarang, Hideo Kojima melalui Kojima Productions sedang membangunkan Death Stranding 2 dan juga satu permainan dengan kerjasama bersama Microsoft.
Selain itu, Apple juga telah mengumumkan beberapa lagi permainan yang akan ataupun sudah dikeluarkan untuk Mac iaitu Stray, Fort Solis, World of Warcraft: Dragonflight, Humankind, Resident Evil Village: Winters’ Expansion, The Medium, ELEX II, Firmament, SnowRunner, Disney Dreamlight Valley, Dragonheir: Silent Gods dan Layers of Fear.
Hello Games sebelum ini telah melancarkan No Man’s Sky melalui Steam.


