Apple ketika WWDC 2023 telah mengumumkan yang macOS Sonoma akan menerima ‘Game Mode’ yang akan mempertingkatkan prestasi permainan di Mac. Selain itu, bagi menggalakkan lagi pembangun untuk membawa permainan mereka ke Mac, Apple telah mengumumkan set peralatan (toolkit) khusus untuknya.

Set peralatan yang disertakan di dalam Metal 3 ini akan memudahkan pembangun permainan untuk membawa permainan mereka dari platform lain ke Mac. Menurut Apple, dengan menggunakan set peralatan pembangun dapat melihat prestasi permainan mereka di Mac dalam masa beberapa hari sahaja dan membuang pembangunan yang kebiasaan mengambil berbulan-bulan.

Tambahan itu, set peralatan ini juga akan memudahkan lagi untuk pembangun memastikan shader dan kod grafik dapat sepenuhnya menggunakan cip silikon Apple, mengurangkan lagi tempoh pembangunan.

Sohor Kini