Pada tahun lepas kami sudah melaporkan yang Kojima Productions dan Microsoft telah menandatangani surat hasrat untuk bekerjasama bagi permainan seterusnya oleh studio oleh Hideo Kojima tersebut.

Ketika Xbox & Bethesda Showcase, Hideo Kojima sendiri membuat penampilan untuk mengumumkan secara rasmi yang mereka akan bersama untuk membangunkan “permainan yang tidak pernah dialami sebelum ini”.

Ia dikatakan akan menggunakan teknologi awan, namun buat masa ini masih tidak maklumat lanjut mengenainya, ataupun tarikh ia akan dilancarkan.

Sohor Kini