Death Stranding 2 Diumumkan Secara Rasmi

Kojima Productions ketika The Game Awards telah membuat kejutan dengan bukan sahaja mengumumkan permainan baharu akan tetapi telah disahkan yang permainan seterusnya oleh mereka adalah permainan susulan untuk Death Stranding.

Seperti diumumkan sebelum ini, Elle Fanning adalah antara yang akan terlibat dengan permainan ini melalui watak baharu yang dilihat-kan sebagai pekerja untuk syarikat Drawbridge dan mengekalkan beberapa watak daripada permainan pertama seperti Sam Porter yang di bawa oleh Norman Reedus, Fragile oleh Léa Seydoux dan Higgs Monaghan oleh Troy Baker.

Buat masa ini tarikh pelancaran dan juga platform tidak diumumkan, akan tetapi treler sekadar memperlihatkan logo PlayStation 5.

Sohor Kini