Permainan video WUCHANG: Fallen Feathers telah merekodkan jumlah 5 juta pemain di seluruh dunia dalam tempoh setahun selepas pelancarannya. Susulan daripada rekod komersial ini, 505 Games telah mengesahkan pengambilalihan keseluruhan harta intelek (IP) judul tersebut bagi menjamin kelangsungan pelaburan dan pembangunan jangka panjang francais berkenaan.

Dibangunkan oleh Leenzee Games, judul bergenre dark fantasy action-RPG dengan corak pertempuran soulslike ini membawa penceritaan yang diinspirasikan daripada mitologi serta cerita rakyat Cina. Permainan ini berlatarbelakangkan kawasan yang dilanda peperangan di tanah Shu pada era akhir Dinasti Ming. Permainan ini dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series (termasuk Xbox Game Pass), dan PC.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun pertama ini, pihak penerbit telah memuat naik sebuah video montaj khas serta memperkenalkan poster ulang tahun yang dilukis secara manual oleh pencipta kandungan Shimi (Shi咪). Dalam perkembangan lain, undian awam bagi mencalonkan WUCHANG: Fallen Feathers bagi kategori anugerah World Soundtrack Awards – Game Music Award 2026 kini telah dibuka sehingga 15 Ogos depan.

Leave a Reply